Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
06 December 2011 | 12/06/2011 02:56:00 pm | 0 Atasinchi

sebelum baca entry ni korang kena KLIK Sini thankyou :*

awak ! saya tulis khas untuk awak tapi awak dah takde dalam hidup saya , harap awak baca :'(

ni kisah kita , awak ingat lagi tak ? masa mula-2 kita kenal dulu , mesranya kita masa tu kan :'/ awak terlalu sayangkan saya , saya pon sayang jugak kat awak tapi khilafnya saya , saya abaikan awak , saya ego , saya buta untuk melihat ketulusan hati awak , saya lukai hati awak , saya banyak tipu awak , saya habiskan masa dengan orang lain , kejamnya saya , saya tak pedulikan awak , saya selalu buat salah bila awak marah saya salahkan awak balik , saya buat tak endah je kat awak , saya tahu awak terluka , awak korbankan segalanya untuk saya buat macam-2 untuk saya , awak rela sedih asalkan saya bahagia , butanya hati saya tak hargai awak tapi satu hari tu saya rasa sunyi je , mana awak pergi ? saya cari awak tau , call berkali-2 awak tak angkat , mesej saya pon awak tak reply , kosong hidup saya tanpa awak , selalunya setiap pagi , setiap malam , awak mesti mesej saya , saya rindukan mesej awak , tapi sekarang semuanya dah takde , tiba-2 awak call saya , gembira saya rasa , saya angkat  panggilan awak dengan hati yang sangat bahagia :') dengan secara tiba-2 awak minta maaf kat saya , awak cakap awak dah tak boleh kembali bersama saya lagi , awak dah ade orang lain , awak cakap awak dah jumpa orang lain yang sayangkan awak masa saya abaikan awak dulu , betapa hancurnya hati saya dengar penjelasan dari awak , sejak hari tu , saya tak dapt terima kenyataan yang awak dah jadi milik orang lain , awakk ! kembali lah ! saya nak cakap yang saya sangat-2 cintakan awak :'/ kehilangan awak buat saya sedar yang saya sebenarnya sayang kat awak , saya menyesal sebab sia-2kan awak dulu , inilah balasan kepada saya kerana terlalu ego ! :'(

"Ingatlah , janganlah kita terlalu ego & pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan orang yang kita sayangi , jangan sampai kita kehilanganya sehingga kita menyesal takde kesudahan , hargailah orang yang sayang kat kita , pasti kita bahagia kelak !" -.-


________________________________________________________________________________________
04 December 2011 | 12/04/2011 12:08:00 pm | 0 Atasinchi


 Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas . Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai .

   Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati , nyata kamu tidak silap memilih teman hidup . Situasi ini jelas terang-terangan menjelaskan bahawa dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan tetapi atas dasar cinta yang sebenar . Betapa beruntungnya kamu ...

   Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat . Ingat nasihat bermaksud mengingati . Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin lancar tampa sebarang masalah , itu tandanya dia amat menyayangi kamu .

   Jika sudah sayang , macam macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya . Lelaki berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu . Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang .

   Kamu hadapi masalah dan orang pertama datang membantumu adalah teman lelakimu . Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu . Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama . Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu . Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kestiaannya . 

   Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya , bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata untuk seorang perempuan . Jangan biarkan EGO menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal suatu hari nanti . 

RenungRenungkanlha . Dan selamat Beramal Semua :)
________________________________________________________________________________________
02 December 2011 | 12/02/2011 07:56:00 am | 0 Atasinchi


1. Dah tak nampak orang lain selain dia .
Mungkin korang pun pernah rasa benda ni .. kita dah tak nampak orang lain selain dia .. bagi kita dia lah yang terbaiknya walaupun berlambak lagi orang yang jauh lebih baik dari si dia .. walaupun ada orang yang jauh lebih baik dari dia nak kan kita , tapi kita tetap setia kat dia .. bagi sape-2 yang tak pernah alami , tengok cerita korea pun dah cukup .. hero no 1 tu tak ada lah baik mana .. hero no 2 jauh lebih baik dan sentiasa di sisi tak kira apa jua keadaan .. tapi , si heroin tetap nak hero pertama .. :]


2. Dah tak nampak apa itu sakit .
Bumi mana yang tak ditimpa hujan .. begitu jugalah cinta .. cinta mana yang tak berlinang air mata .. tapi , itulah , bila dah bercinta , sakit macam mana sekalipon dah tak nampak .. diteruskan juga penderitaan itu walaupun terasa sakitnya .. :P


3. Dah tak nampak yang mana halal & yang mana haram .
Adat kapel , mesti pegang tangan .. advance sikit , peluk .. advance lagi .. ha , tau-2 sendirilah .. kadang-2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya .. ibarat dunia ini tiada pengakhirnya .. ibarat tindakan yang tiada balasannya .. (Y)peace


4. Dah tak nampak jasa mak & ayah .
Ada yang bercinta , sanggup derhaka kepada ibu bapa .. ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa .. kasih sayang ibu bapa yang bertahun-2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika .. tapi itulah cinta .. kadang-2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah .. :\


5. Dah tak nampak kawan-2 .
Kadang-2 bila kita bercinta , ia membuatkan kita dah tak nampak kawan-2 .. semuanya akan ikut kata si dia .. kalau si dia kata tak boleh keluar dengan kawan-2 , kita pun turut je lah .. taat tanda sayang .. tapi taat yang tak bertempat .. tapi , sebenarnya , kawan-2 lah yang kita cari bila gaduh dengan si dia .. si kawan lah yang dengar tangis kita bila kita bergaduh .. tapi kita tetap sayang si dia dari si kawan kan .. :D


6. Dah tak nampak apa erti membazir .
Kalau bercinta , kadang-2 kita sendiri dah tak nampak yang kita membazir yang bukan-2 untuk si kekasih .. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone .. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita , ada kita belikan mereka telephone ? silap-2 , baju sehelai pun kita tak terbeli untuk mereka .. kadang-2 , demi kekasih , tatkalau kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan semata-2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia .. ;]


7. Kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia .
Bila dah sayangkan dia , kadang-2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia .. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya .. kita sanggup bergayut dengan dia berjam-2 sampai panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai .. betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta .. kalau dia merajuk , cepat-2 kita pujuk .. tapi dengan Allah , kita wat endah tak endah jer .. :O


Kesimpulannya :
Memandangkan cinta itu buta , maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah .. kalau kita buta dalam cinta Allah pun , sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya .. ya Allah , janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia , tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepada-Mu , amin ! :]
________________________________________________________________________________________
| 12/02/2011 07:40:00 am | 0 Atasinchi

Pernah merasa putus cinta ? Mesti pernahnya  kut … kalau pernah , I would say BAGUS ! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya .
As always , kita di sini , bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya , kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan .
Cuba kita tanya ,
 Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita ? Mengapa Allah membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi ?”
Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini ?
In my humble opinion ,
Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna . Dan dari pengalaman itu , kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan .
Sebab itulah yang I lakukan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini . I berkongsi kegagalan dan kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang I face myself , friends , and peoples around me …
Tentu saja I sedih bila putus cinta . Tetapi … apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya , kebahagiaan itu … is speechless !
“So , that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta !”
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian … Cuba kita tanya ,
“Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan ?”
Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini ?
In my humble opinion ,
Allah berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah . Dan yang paling utama , mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita . Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita .
Tentu saja kita akan sedih … amat sedih bila bercerai . Tetapi … apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa , barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak  bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya , “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya !” <<– I don’t believe in that !
NOPE ! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak ?  Selalunya , Allah akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu . Tiada short cut dan jalan mudah right … ?
Sama lah juga di dalam persoalan ini , kalau yang baik dapat yang baik … apa yang dia orang boleh belajar ? Kalau yang jahat dapat yang jahat … semua perkara dah tahu ! Mana pengajaran dan cabarannya ?
To me , maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah , 
“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik !”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR ALLAH , Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku . Jika yang baik hanya untuk yang baik … apa yang kita boleh belajar ? Not so much . Kalau tiada putus cinta , cantik je percintaan tu … nothing laaa … that’s NOT LIFE !
Thats why selalunya ,
Seorang yang baik , Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup ! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman .
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina , kehairanan …
“Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara ?” - Itulah takdir kasih dari Allah , masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak .
Si isteri juga kehairanan …
“Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat ?” - Itulah satu cabaran dari Allah , bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman . Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya …
Jadi , inilah baru betul caranya seperti yang selalu Allah mahu kita hadapi … iaitu melalui cabaran dan dugaan .
So , putus cinta , bercerai … semua itu adalah satu proses . Proses usaha kita yang Allah mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran . Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah , kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia .
JADI , apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun , kita hadapinya dengan senyuman kerana , itu adalah pemberian dari Allah . Anugerah dari Allah yang Maha Esa .
Itulah ciptaan Allah yang maha agung , – which is , the balance of the universe , kestabilan hukum alam kita ! ;) sehingga di lain waktu … InsyaAllah !
________________________________________________________________________________________
| 12/02/2011 07:13:00 am | 0 Atasinchi

1. Dari mana datangnya cinta ? dari SMS turun ke hati .. Blush


2. Andai kau dapat melihat hatiku .. Andai saja kau dapat membaca fikiranku … Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu , Menghiasi hari-hariku … Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku … Cintailah aku dengan kesungguhanmu .


3. Kalau I boleh menyusun abjad , I nak letak U dekat dengan I .


4. Hello .. U ada plaster tak ? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U !


5. Hello ..
Aku pencuri ! dan aku di sini nak curi hati kau !


6. U ni doktor ke ? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !


7. I nak belanja u gula-gula HACKS .. faham tak ertinya ?
H - Hanya
A - Aku
C - Cinta
K - Kau
S - Seorang

8. Luahan Cinta Ibarat Kentut .. Big Grin
ditahan sakit … dilepas malu … dah keluar .. fuhhh! Lega !


9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun .. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau ..


10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau ..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat ? Aku suka semuanya ttg kau !
Tekan ke bawah jika kau merinduiku …
Tekan lagi kalau masih rindu ..
Lagi …
Lagi …
Masih tekan lagi ?
Nampak sangat rindu …
Aku juga sedang merinduimu .. BlushHeart

11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku , dan kau menjadi masa kini serta masa depanku .

12. Kalau cinta ibarat penyakit , aku taknak makan ubat . Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau !

13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja . Tapi setiap kali aku mendengar suaramu , aku jatuh cinta sekali lagi !

14. Aku terasa sesuatu dihatiku .. ianya seperti bara yg kecil . Setiap kali aku melihatmu , bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU !

15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan ? Tidak perlu . Lalu kukirim SMS ini padamu , hingga tidak perlu mengucapkannya .

16. Andai hatimu penjara , biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu ..

17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku , dan aku memberikannya padamu . Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain .

18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati .. bukan hipokrit .. bukan cinta palsu .. bukan ada kepentingan .. Ini adalah cinta tanpa syarat .. Aku begitu menyintaimu …

19. Cinta akan hilang jika diambil org . Cinta akan mati jika digenggam rapi . Bagaimana harusku memegangmu ? Apa perluku meneruskan atau melepaskan ?

20. Betapa indah pun perkataan , tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu ..

21. Cintaku bukan ibarat kertas … Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu … Heart


22. Jika mencintaimu satu kesalahan .. biar aku bersalah . Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu .. Sleepy


23. Cinta kita banyak ranjau . Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu … Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku .


24. Aku tak dapat hidup tanpamu … kerana kaulah nyawaku ..  Angel


25. Jika cinta itu dicukai .. aku lah pembayar cukai paling tinggi !


26. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku .
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku . Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir .


27. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan ,
Air mata kerana ibu bapa 1 penghormatan ,
Air mata kerana kekasih 1 penyesalan ,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan .
________________________________________________________________________________________
| 12/02/2011 06:58:00 am | 0 Atasinchi



Aku mencintaimu bukan kerana wajahmu , aku mencintaimu bukan kerana kehangatan cintamu , aku mencintaimu bukan kerana cintamu , aku mencintaimu kerana cinta itu kamu . Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu , kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu . Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik ? Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai ? Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak sempurna ? Tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu ? Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku . Tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa . Kehadiranmu menyinari hidupku , kehangatan cintamu mengubati sepiku , kelembutanmu mengubati lukaku , kemanjaanmu adalah penawar resahku . Jauh itu ada ruang yang memisah , jauh itu ada 2 hati yang terpisah . Apabila jauh itu ada rasa yang resah , apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah , apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah .

________________________________________________________________________________________
| 12/02/2011 06:43:00 am | 0 Atasinchi

Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua , rapuh , luluh dan lusuh ,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam ,
Cinta itu yang Kau beri ,
Cinta itu dengan Hati , Sanubari , Rohani & Jasmani .
Dengan Cinta Datangnya Sabar ,
Orang Bercinta tiada Gusar ,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar ,
Mata hati tetap berkobar-kobar .
Dengan Cinta tiada Was-Was ,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas ,
Waktu bersua , diri sentiasa kemas ,
Wangian harum , percikannya ikhlas .
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung ,
Juga Rasa Mahu Bersama ,
Harapan tinggi sampai ke penghujung ,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga .
Dengan Cinta datang pengorbanan ,
sentiasa hidup dalam bantuan ,
Sungguh indah Hidup Bertuhan ,
Kerana Allah , Cintaku murnikan .
Lembaran Cinta tanda kekuasaan ,
Sentiasa ada sepanjang Zaman ,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan ,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan .
Dengan Cinta penuh Pengharapan ,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan ,
Sentiasa Diri dalam Persiapan ,
Sampai waktu , akan disemadikan .
Ya Allah ! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak .

Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta , Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi .
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Katakanlah (Wahai Muhammad) : Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."
(Surah Ali-Imran 3:  Ayat ke 31)
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! You've dropped in my space. Welcome to my official blog. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
I'm Sam. Enjoy your reading here !
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google