Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
02 July 2012 | 7/02/2012 03:22:00 am | 0 Atasinchi



I Love You Panda :*

________________________________________________________________________________________
10 March 2012 | 3/10/2012 11:36:00 am | 0 Atasinchi
Hi , Assalamualaikum :)

Uit , uit , dia dah jadi milikkk aku . Hikhik ^^, suka lettew xP
________________________________________________________________________________________
09 March 2012 | 3/09/2012 11:38:00 am | 0 Atasinchi
Hi , assalamualaikum ! 
 
Hari ni aku memang nasib malang , hari ni lhaa kali pertama aku masuk dalam sawah padi dengan motor , kalau ingat balik memang malu n ngeri saat-2 aku nak masuk dalam tu . Euwww , dalam tu dah lhaa ada lintah , pacat n whateverr lhaa ! Malu siot aku kat orang kampung , untongg bukan kg aku , dah lhaa motor pun rosakk , tak hidup , malas dah aku nak naik motor , baik aku duduk kt rumah jeww , tak pun naik kereta pulakkk . Terima kasihh lhaa kt pakcikkk-2 n abg-2 yang tolong ankat motor aku , dh lhaa sawah padi kt situ tinggi , Terima kasih jgk kt kawan aku 3 orang ni yang tunda motor aku balik sampai kt rumah , tq sesangat erkkk ^^, Perghhh ! perit doe kena mcm teww , sekarang aku duk rumah jewlhaa , dh tak bole nak buad ape-2 , untongg jgk mak bapa aku tak marah . Jumm ikud aku pegi Oversea , tapi jangan over sngt , bukan kt Paris lhaa , kt Thailand jeww xD Kampungg aku lhaa , aku memang asal dari sana , sepupu sepapat sepipit sepopot aku semua ada kt sana nanti boleh lhaa aku bergambar dgn diaorang then upload kt korangg , Ngeee ~ 
Sekian , macam karangan lhaa pulakk . Kbai .
________________________________________________________________________________________
26 February 2012 | 2/26/2012 01:26:00 am | 0 Atasinchi


Hi ! Assalamualaikum :)

    Tajuk entry pungg dh melucukan , Aku tak boleh tulis panjang-2 sebab takde idea . Untuk terakhir kali aku tulis , Aku rindu sangat-2 kat mu , Aku nak cakap ganu ley dop ? Aku rindu setengah mati , Cewahhh ayat tu power kottt . Seriously , Memang aku rindu pon :) Tapi takde sape tahu , Semua benda aku pendam seorang diri , Tak pernah luahkan , Adik-2 jgn buad camtu okayy ? Nak tahu akibat nye ? Jom .....

    Disebabkan semua benda aku pendam seorang diri , Bagaikan gunung berapi nak meletus laa , Satu hari tu , Aku meletus . Ouppps , Akuu ke meletus ? :) Aku mengamuk dalam rumah macam orang gila tahu takk , Semua benda aku sepahkan , Sampai rumah aku dah macam kapal nak pecah , Sehari suntuk aku menangis , Aku tak bagi sape-2 pon masuk bilik , Memang aku rasa dah macam orang gilaa . Aku ada ubat , Bukan ubat penenang jiwa , Tapi ubat aku sakit , Takpayah tanye sakit ape , Doktor bagi ubat suruh aku telan dua biji sehari selepas makan , Hari tu aku tak makan ape-2 , Aku nampak ubat terus aku telan semua yang ada , Lebih kurang 10 biji , Tanpa air aku telan , Huh ! Memang gila sungguh aku hari tu . Mak aku cakap jiwa aku sakit , Jiwa aku perih dan merana . Memang pon , Betul yang mak aku cakap tu , Jiwa aku memang merana sangat-2 , Memang aku boleh je happy-2 kt luar , Tapi dalaman aku ni hanya Allah yang tahu , Merana sangattttt . Jangan pernah kau berhenti mencintai aku bolehhh ? Mintakk tlg sngt-2 agar kau mengerti Tentang Perasaanku . Aku nak bagi benda kt kau tapi nanti lahh dulu :) Kbai .


      AKU NAK TANYA NI , SAPE SURUH KO BACE ? KALAU DAH TAKSUKE , TAKPAYAH LAA BACE !

________________________________________________________________________________________
20 February 2012 | 2/20/2012 11:58:00 am | 0 Atasinchi
Assalamualaikum uolls :)
    Hey uolls , sihad ka? Lama dah tak update blog ni bytheway blog aku dah berwajah baru en? Selamat Menyambut Maulidur Rasul buad anda semua :) dah terlambat ka? It's okey laa . Aku budak sekolah so sambut maulidur rasul kat sekolah je .
    16-02-2012 , hari khamis , sekolah aku sambut mauidur rasul . Lelaki berbaju melayu dan kasut sekolah . Perempuan berbaju kurung dan kasut sekolah . Wtf? Pakai baju kurung n baju melayu tapi pakai kasut , tak boleh blahh la camni , sesiapa yang pakai sandle or whatever like selipar cikgu suruh balik tukar tapi ada jgk yg terlepas masuk , ada sportcek kt pintu pagar sekolah . Aku dgn rilek masuk ke sekolah pakai sandle , sbb aku dtg awal , cikgu pon xdtg lagi , muehehe .
    Awal pagi membaca yasin . Lepastu , nk pergi berarak kt luar sekola , kelako an? Pakai baju cantik2 suruh pergi keliling kampung plk . Selain sambut maulidur rasul , sambut cikgu baru , aku pon tak tahu nama or dia mengajar subjek apa , bukan tugas aku nak ambil tahu semua benda kt sekola tu . Ni ada beberpa gmbar untuk anda tgk :-

 Tiniey - Nisha - Hawa - Aku - Khaty

 Setelah selesai semua majlis 

 Apabila boring mendengar ceramah , muahaha .

 Kami duduk atas sofa wuu :P

Masa nk ambik nasik yg cikgu bagi .

Geng kami biasa-2 je :) Mujor cikgu bekalkan nasik , muahaha . # tubek doh klate aku , mugo ore klate tu gakk , nk kecek luar gano bau budu :D # Tu je laa aku nk tulis :) kbai , Assalamualaikum semua .

- tak faham aku cerita? oke , buad-2 faham je laa xP
________________________________________________________________________________________
13 February 2012 | 2/13/2012 11:25:00 am | 0 Atasinchi
                                               
                                           
Esok seluruh dunia sekali lagi dilanda fenomena berkasih sayang . Sana sini kedai bunga pasti sibuk menyediakan jambangan bunga sebagai hadiah paling istimewa sebagai menyambut ‘Hari Valentine’ atau hari kasih sayang . Sudah pasti, sejak lewat malam ini, kebanyakan kelab malam dan hotel bersedia dengan pesta kasih sayang dengan pelbagai konsep tersendiri .
Lewat malam ini juga , pasti kelihatan gelagat anak  muda berpasangan berpelukan dengan penuh keasyikan , kononnya diulit rasa romantik sebagai tanda kasih sayang yang terbina selama ini ditambah erat pada hari penuh istimewa bagi mereka itu . Lena diulit intan , ramai pasangan bercinta menghabiskan sisa malam Valentine di ranjang , tanda kasih sayang termeterai walaupun tanpa ikatan pernikahan .
Bagi yang menganggap sambutan di kelab malam sehingga ke ranjang sesuatu yang keterlaluan, mereka mungkin sekadar memilih sambutan sederhana seperti makan malam ditemani lilin atau sekadar membeli hadiah sebagai tanda mereka mengingati hari yang kononnya begitu istimewa itu.
  Jika tiada hadiah dibeli , khuatir nanti pasangan mencebik dan merajuk dengan tuduhan pasangannya tidak romantik dan lupa kepada hari istimewa itu . Mulalah pasangan lain dijadikan contoh betapa mereka sayang pasangan mereka dengan sekurang-kurangnya memberikan bunga dan mengucapkan : “Happy Valentine Day, sayang…”
  Persoalannya , begitu pentingkah sambutan Valentine Day atau Hari Valentine ini dalam hidup kita dan sesuaikah umat Islam turut meraikannya , sedangkan sering kali setiap tahun orang agama menasihat dan memperingatkan bahawa sambutan hari kasih sayang itu tidak ada dalam Islam , malah sudah ada yang mengatakannya haram .
  Hakikatnya , kita sering lupa konsep sambutan hari kasih sayang itu kebanyakannya bercanggah dengan ajaran Islam. Halalkah ciuman bagi bukan muhrim pada hari itu? Adakah Islam membenarkan pasangan kekasih berpimpin tangan, menari di kelab malam, berpelukan dan meneguk ‘air syaitan’ semata-mata untuk menunjukkan rasa sayang pada kekasihnya.
Larangan sudah jelas. Namun, pada kala ia ditegaskan betapa sambutan ini tidak dibenarkan dalam Islam, ada pula suara daripada bukan Islam yang memperlekehkan larangan ini dengan alasan sambutan sebegini adalah hak peribadi, tidak boleh diganggu dan terpulang pada individu itu sendiri. Kononnya, ini negara demokrasi.
“Haiwan itu ciptaan Allah dan haiwan juga hidup dalam peraturannya sendiri. Jelas dikatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah, tetapi jika kita tidak mematuhi hukum Islam dan sewenang-wenangnya melanggar larangannya, manusia itu layak dianggap lebih hina daripada haiwan.
“Memang negara kita negara demokrasi. Ada hak kebebasan itu kepada rakyat kita, tetapi perlu diingat betapa haiwan juga tidak bebas berbuat apa disukainya. Jika manusia bebas buat apa dia suka, dianggap ia tidak masuk dalam agama. Jika sedar diri itu Islam, ikut cara dan undang-undang dalam agama ini.
“Jangan hidup dalam masyarakat jika mahu semuanya bebas. Jangan hidup beragama jika tidak tahu menghormati dan mematuhi hukum beragama. Jangan sampai dikatakan lebih hina daripada haiwan.”
Itu kenyataan tegas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abd Shukor Hussin, yang jelas menolak konsep sambutan Hari Valentine terutama oleh umat Islam di negara ini dan seluruh dunia amnya. Bagi beliau, sambutan sebegitu lebih kepada menggalakkan perlakuan maksiat, sekali gus menjadikan sambutannya sebagai haram meskipun secara kecil-kecilan.
Malah, katanya, sambutan Valentine lebih kepada mengagungkan perayaan bukan Islam, selain menggalakkan maksiat. Secara terang-terangan ia diharamkan dalam Islam kerana menggalakkan perlakuan sumbang, terutama remaja yang gemar melakukan perkara dilarang termasuk maksiat.
“Kasih sayang penting dalam Islam dan menunjukkan kasih sayang tidak semestinya perlu ada hari khusus. Kita perlu saling mengasihi sesama kita. Islam mengajak umatnya mengasihi haiwan, apa lagi sesama manusia. Sayangi ibu bapa dan manusia lain, tetapi tidak perlu hari khusus.
“Sejarah Valentine tidak langsung menunjukkan membantu umat Islam meningkatkan amalan dan imannya. Malah, sejarah sambutan itu lebih banyak membawa kepada kerosakan akhlak. Oleh kerana itulah, Islam melarang dan jelas ia haram. Kebebasan adalah sesuatu yang sangat subjektif.
“Ada orang yang beranggapan menari dan minum sedikit itu sambutan kecil dan biasa. Ada yang anggap pegang dan peluk itu biasa. Soalnya, apa saja yang mereka buat itu bercanggah daripada hukum Islam dan sewajarnya dicegah. Agama lain tidak wajar masuk campur dalam urusan agama kita, sama seperti apa yang kita praktikkan,” katanya.
Beliau ternyata kurang senang apabila ada orang bukan Islam secara terang-terangan menyalahkan umat Islam yang melarang sambutan Hari Valentine dengan alasan ia adalah hak individu. Baginya, campur tangan sebegitu tidak wajar berlaku kerana setiap agama ada hukumnya sendiri dan perlu dipatuhi penganutnya.
“Untuk kamu agama kamu dan untuk kami agama kami.” Jelas dinyatakan dalam ayat akhir surah Al-Kafirun yang menunjukkan betapa Islam tegas dalam hal ini. Jaga agama kamu sendiri dan jangan sibuk dengan urusan hukum agama lain. Begitu juga kami (orang Islam) tidak sibuk dengan urusan agama kamu.
“Dalam Islam, sambutan Valentine haram dan perlu dijauhkan. Siapa yang mungkar dan tetap menyambutnya walaupun secara kecil tetap menempah dosa kerana ia jelas bercanggah dengan Islam. Jadi, itu hukum dalam agama Islam dan tidak wajar agama lain masuk campur dalam hal ini,” katanya lagi.
________________________________________________________________________________________
| 2/13/2012 11:14:00 am | 0 Atasinchi
                                                                                                                        

1. Dia bekerja dengan Allah , jadi 'kilang 'manusia Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh . 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya .

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari . Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah . Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang , sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya .

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita , sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya , lahir saja bayi , seluruh dosanya habis . Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita , jadi kenapa perlu takut nak beranak ? Marilah kita pegang kepada tali
Allah . Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin , itu dianggap mati syahid . Allah izinkan terus masuk Syurga .

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya , semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung .

5. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari . Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya , jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga . Didunia lagi , kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat . Kalau seorang isteri asyik merungut , mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini .

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah , segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain . Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya . Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA .

PAST


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! You've dropped in my space. Welcome to my official blog. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
I'm Sam. Enjoy your reading here !
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google