02 December 2011 | 12/02/2011 06:58:00 am | 0 Atasinchi
Aku mencintaimu bukan kerana wajahmu , aku mencintaimu bukan kerana kehangatan cintamu , aku mencintaimu bukan kerana cintamu , aku mencintaimu kerana cinta itu kamu . Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu , kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu . Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik ? Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai ? Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak sempurna ? Tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu ? Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku . Tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa . Kehadiranmu menyinari hidupku , kehangatan cintamu mengubati sepiku , kelembutanmu mengubati lukaku , kemanjaanmu adalah penawar resahku . Jauh itu ada ruang yang memisah , jauh itu ada 2 hati yang terpisah . Apabila jauh itu ada rasa yang resah , apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah , apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah .